“Biar Kami Tulis, Cerita Anda Yang Berharga, Jangan Biarkan Ia Hilang”

Ada orang yang lahir dengan kisah yang hebat. Ada orang yang menyimpan pengalaman luar biasa yang patut dikongsi dengan dunia. Kadang-kadang, cerita itu mampu membina kepercayaan, menaikkan kredibiliti, dan menjadikan seseorang itu rujukan dalam bidangnya. Tapi, realitinya… bukan semua orang ada masa untuk menulis, bukan semua orang pandai menyusun kata, dan bukan semua orang tahu bagaimana mahu mula. Sering kali, kisah-kisah yang bernilai itu dibiarkan berlalu, hilang begitu saja, terkubur dalam kesibukan harian.

Di sinilah kami hadir, menjadi suara yang anda perlukan. Kami menulis bagi pihak anda, dalam gaya dan nada yang menggambarkan diri anda. Kami hidupkan cerita anda dengan susunan ayat yang kemas, yang mampu membina keyakinan orang pada nama anda. Anda tak perlu risau tentang bahasa, struktur, atau teknik menulis, semua itu kami uruskan. Anda hanya perlu bercerita, berkongsi isi hati, dan kami akan jadikan ia sebuah tulisan yang memberi kesan. Bila orang baca, mereka akan nampak anda sebagai seorang pakar, seorang yang layak dipercayai, seorang yang tahu apa yang dia buat. Anda tidak perlu berada di belakang komputer, anda hanya perlu berada di hadapan peluang.

Cerita anda berharga. Ia tidak patut disimpan. Ia perlu didengar. Kami di sini untuk bantu anda menulisnya. Biar kami yang menulis, biar anda yang dikenang.

Apa yang Kami Tawarkan?

Kami juga menawarkan pelbagai e-book dan buku fizikal yang ditulis oleh penulis berpengalaman, sesuai untuk mereka yang ingin memahami dunia penulisan upahan atau mencari inspirasi untuk memulakan kerjaya sebagai penulis.

Penulisan Buku & E-book

Menghidupkan idea anda menjadi naskhah yang menarik dan bermakna.

Copywriting Media Sosial

Mencipta kandungan yang memikat untuk platform seperti Facebook dan Instagram.

Menyampaikan cerita yang menyentuh hati dan menginspirasi.

Transkripsi & Penulisan Artikel SEO

Menyediakan teks yang jelas dan teratur dari sumber audio atau video.

Kelas Bimbingan Ghostwriter

Menyediakan platform untuk penulis pemula mengasah bakat dalam insdustri penulisan. Bimbingan selama 30 hari dan dijemput masuk ke group ekslusif.

Siapa kami?

Unseen Writer ialah platform profesional yang menyediakan servis penulisan kreatif, copywriting, dan penyediaan bahan bercetak seperti buku dan e-book. Kami telah membantu pelbagai individu dan organisasi menghasilkan karya bermutu tinggi sejak tahun 2022.

Misi Kami

Kami membantu anda menulis, menyampaikan dan menyebarkan idea secara efektif melalui bahasa yang berpengaruh dan menyentuh hati pembaca. Sama ada anda seorang usahawan, penulis baru, mahupun individu yang ingin menulis kisah hidup anda, kami sedia membantu.

Kenapa Pilih Unseen Writer?

  • Pengalaman Menulis Lebih 100+ Projek
  • Hasil Tulis Tangan Pertama (Original & Tanpa Plagiat)
  • Harga Berpatutan & Mengikut Bajet Anda
  • Perkhidmatan Mesra & Fleksibel
  • Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Prosedur Menulis dan Mengeluarkan Buku

Penulisan sebuah buku melibatkan kerja-kerja seperti menulis, editor, pembacaan pruf, illustrator reka letak (layout) dan cetakan.

Berminat Menjadi Penulis?

Kami bukan sahaja menulis untuk anda, kami juga melatih anda untuk menulis sendiri. Sertai kelas online, bengkel menulis atau dapatkan e-book panduan menulis pertama anda. Kami juga menawarkan pelbagai e-book dan buku fizikal yang ditulis oleh penulis berpengalaman, sesuai untuk mereka yang ingin memahami dunia penulisan upahan atau mencari inspirasi untuk memulakan kerjaya sebagai penulis.

Kitab Ajaib Pengenalan Ghostwriter

RM

30

00

Dalam bentuk e-Book


Memoir Emak

RM

19

00

Dalam bentuk e-Book


9 Strategi Power Closed Deal Ghostwriter

RM

17

00

Dalam bentuk e-Book


Bangkit Melawan

RM

25

00

Dalam bentuk e-Book


Proposal Memikat, Klien Melekat

RM

25

00

Dalam bentuk e-Book


Sedia Untuk Hidupkan Idea Anda?

Tak tahu nak mula menulis? Biarkan kami bantu!
UnseenWriter sedia merealisasikan impian anda menjadi penulis dari satu idea kecil, menjadi karya yang bermakna.

Sama ada buku, e-book, artikel atau iklan, kami sedia bantu anda menulis dengan penuh gaya dan makna.