Your cart is currently empty!
5 Tips Menulis Jadi Sumber Pendapatan.
·


Menjadi suri rumah bukan alasan untuk tak boleh jana pendapatan sendiri. Ramai wanita hari ini memilih untuk bekerja dari rumah demi menjaga anak-anak, menguruskan keluarga, sambil tetap menyumbang sebahagian kewangan keluarga.
Salah satu kemahiran paling mudah untuk dimanfaatkan ialah kemahiran menulis.
Ya, menulis. Kemahiran ini mungkin nampak biasa, tapi bila diasah, ia boleh jadi sumber pendapatan yang lumayan. Ada yang menulis cerpen, ada yang tulis artikel, ada juga yang jadi penulis upahan atau ghostwriter.
Tapi nak mula dari mana?
Mari kita lihat beberapa tips mudah untuk mula menjana pendapatan melalui menulis:
1. Kenal Pasti Minat dan Gaya Penulisan Sendiri
Suka cerita cinta? Atau minat menulis catatan kehidupan harian? Apa saja yang dekat di hati boleh jadi permulaan. Bila minat sudah jelas, lebih mudah untuk terus konsisten dalam dunia menulis.
2. Bina Portfolio Kecil
Mulakan dengan menulis secara konsisten di blog, media sosial atau kumpulkan hasil tulisan dalam satu dokumen. Tak perlu hebat, cukup tunjukkan yang kita serius dan bersungguh dalam menulis.
Contoh jika minat menulis cerpen atau certot( cerita pendek) bolehlah buat blog khas untuk mula menulisnya.
4. Belajar dan Terus Belajar
Ikuti kelas atau bengkel menulis. Sekarang terdapat pelbagai kelas asas menulis untuk bermula sebagai penulis upahan. Makin banyak belajar, makin bertambah kemahiran. Peluang untuk dapatkan klien pun makin besar bila kita tahu cara yang betul.
Apabila menyertai pelbagai kelas atau bengkel, secara tidak langsung kita bernetworking dan ini adalah peluang untuk perkenalkan kemahiran menulis kita.
5. Jangan Takut Bermula Kecil
Kadang kita malu sebab rasa tak cukup bagus. Tapi semua penulis berjaya pun bermula dari kosong. Kuncinya? Terus menulis dan jangan berhenti. Kita tak pernah tahu bila pintu rezeki kita akan terbuka asbab kemahiran menulis ini.
Kesimpulannya?
Menjadi suri rumah bukan penghalang untuk berjaya. Dengan kemahiran menulis, kita bukan saja boleh menjana pendapatan, tapi juga bina identiti dan keyakinan diri. Percayalah, sambil jaga anak dan keluarga kita masih boleh punya pendapatan sendiri.
Tak tahu nak mula dari mana?
Di Unseen Writer, kami sedia membimbing suri rumah yang mahu mula menulis. Tak perlu pengalaman, cukup ada minat dan semangat. Jom, ubah kemahiran menulis jadi sumber rezeki.
Leave a Reply